Hidup Seorang Newbie

Zaman kian moden, manusia semakin maju. Mengikut rentak dan irama dunia masa kini, segalanya mampu dikecapi. Segalanya di hujung jari. Contohnya, orang asli pun sudah punya internet. Tetapi zaman permulaan blog sudah lama bermula. Sejak zaman 2000 lagi dan aku terlalu lambat untuk mengikut rentak semua itu. Sepatutnya ini zaman facebook. Zaman twitter yang selalu promote "jom follow2"..

Memang aku terlalu lambat untuk mengejar semua itu namun aku cuba bermula dari bawah. Bermula dengan satu entri kepada beribu-beribu seperti blogger blogger senior lain yang sudah berada di puncaknya dan bertakhta dengan megah bersama wang yang dikecapi. Aku akui ada tiga sebab menyertai blog ini.

Kepuasan diri adalah sebab utama. Bercerita apa sahaja yang muncul di benak fikiran dan menceritakan segalanya. Ibarat pengganti rakan di alam maya. Berkongsi pengalaman mampu membuat hidup seseorang dipenuhi kegembiraan walaupun ia bersifat sementara sahaja namun ia mampu membuat semuanya berubah. Dan aku tidak terkecuali mengejar ini.

Kedua, hendak ramai follower.Mana mungkin orang buat blog nak blog die berserabai kat situ je. Tak da follower tak da orang datang jenguk. Tapi semua itu memakan masa. Satu hakikat yang pahit tapi terpaksa ditelan jua. Melihat orang punya follower riban-riban kita punya lima nam orang jah. Tapi nak buat macam mana. Aku tak mau kutip follower dengan buat cerita pelik-pelik macam 'adinda evans'..Lebih baik cari dengan cara yang lebih bermaruah..

Dan akhir sekali, aku mencari sumber kewangan. Blog mampu melakukan apa-apa je.Kini, semua ada. Sekali petik belambak datang beratur.. Iklan nuffnang, churpchurp, heartbeat dan banyak lagi.. Blogshop kian memenuhi kuota di persada dunia dan semakin banyak saingan dan cabaran walau hanya di dunia maya..

Tapi apa yang paling penting sebenarnya keredhaan Allah. Buka blog sebar benda tak berguna dapat kemurkaan-Nya lagi teruk.Keredhaan-Nya adalah satu benda yang dicari oleh semua muslimin di dunia.

0 comments: